Tuesday 24 November 2015

Step by step cara submit BORANG NIKAH lelaki dan perempuan

Assalammualaikum ....


Tujuan Ms.Fara buat post berkenaan tajuk kat atas ni adalah untuk memudahkan ..membantu cik bunga en kumbang yang nak kawen tapi bila masuk bab borang KONPIUS! jangan tak caye Ms.F pon  alami situasi tersebut... google sana sini ..tak cukup dgn mintak ehsan PAKCIK GOOGLE.. Ms.F mengemis jawapan kat kawan2 yang dah kawen...Harharhar..

Jadi.....kerana itu..... atas rasa tanggungjawab (gelak kuat2 ala-ala riak)...Ms.F senaraikan step by step cara untuk isi dan submit borang nikah :)

*rancang awal2.. dapatkan dulu 2 orang saksi sebelum ikut langkah dibawah.


1. Isi borang lelaki /perempuan  . Borang nikah hanya boleh didapati secara online .. pejabat agama dah tak produce secara manual untuk korang .Sila layari laman Web  http://ncr.jais.gov.my/  .

2. Buka lama web yang Ms.F bagi tadi kemudian Daftar Masuk . Selesai daftar masuk ? sila baca langkah seterusnya .

e. Login Masuk. Kemudian lengkapkan borang2 yang disediakan . Pastikan semua bahagian yang bertanda (*) diisi (wajib!) ,dah isi semua boleh save kemudian PRINT OUT !

4. Kemudian call pejabat agama mengikut daerah tempat tinggal anda dan dapatkan nombor telefon Penolong Pendaftar Nikah mengikut  kariah masjid tempat tinggal anda .Jangan pulak duk shah alam tapi call pejabat agama klang. (walaupon tempat nikah anda bukan didaerah tempat tinggal anda ) .Bagi lelaki /perempuan yang lahir di negeri berbeza wajib isi borang maustatin.

5.Call Penolong Pendaftar Nikah (PPN) kariah masjid anda kemudian set appointment untuk sign borang kebenaran nikah Lelaki/Perempuan (Jangan lupe bawak 2 orang saksi dan pastikan saksi bawak sekali 2 keping salinan IC.) SELESAI satu Chapter!

6. Sebelum datang pejabat agama untuk mendapatkan surat kebenaran bernikah  pastikan korang bawak salinan IC , Borang nikah lengkap dengan tandatangan Penolong Pendaftar Nikah dan 2 orang saksi (Lelaki/Perempuan) ,borang maustatin (jika ada),Slip keputusan HIV test ,Sijil kursus kahwin ,Surat nikah ibu bapa (untuk perempuan sahaja) ,Sijil Kematian Bapa jika ada (perempuan sahaja), surat beranak (perempuan sahaja)dan Surat kebenaran berkahwin Lelaki(Perempuan sahaja-korang kene tunggu pengantin lelaki lengkapkan proses ni dulu ,selepas pengantin lelaki dapat kebenaran berkahwin barulah korang boleh submit ke pejabat agama).
Pastikan anda buat dua set salinan dokumen2 tersebut bersama dokumen ORIGINAL (tang ni Ms.F betul2 hangin sbb pegawai x bgtahu kena buat salinan dokumen dah sampai kaunter dia tanya mana salinan dan mereka x provide photostat service!)


SELESA1 DAH BOLEH KAHWIN :)


P/S:Borang wali isi mcm biasa ...tak ada masalah ...dan bawak sekali dengan dokumen2 yang lain masa submit. Untuk yang perlukan WALI HAKIM proses sama macam diatas... cuma ada tambahan selepas langkah ke-6 ..nanti Ms.F buat post step by step mcmana nak dptkan wali hakim

UPDATED POST :CARA MEMOHON KEBENARAN BERNIKAH MENGUNAKAN WALI HAKIM







No comments:

Post a Comment