Wednesday, 25 November 2015

Cara memohon kebenaran bernikah menggunakan wali hakim


Sebelum memulakan bicara ... pada yang  penah baca post sebelum ni (click sini) mesti tahukan ? Ms.F dah janji nak buat post berkenaan tajuk kat atas tu...


Diingatkan... pos kali bukan lah untuk mengenang aib dan memalukan mana pihak..ini adalah untuk membantu para muallaf dan golongan yang memerlukan ...jika tak faham dan malu untuk bertanya melalui ruang comment .. boleh hubungi Ms.F.. selagi boleh bantu Ms.F bantu..

Post kali ni pada Ms.F sangat penting sbb Ms.F notice tak ramai yang buat post tentang ni .. mungkin kerana isu tersebut pada setengah orang sangat sensitif dan mengundang spekulasi... jadi ramai orang memilih untuk tidak mengeluarkan post  tentang ini...


Ok! jom kita sambung step seterusnya ...diingatkan sekali lagi pada yang belom baca langkah 1 hingga langkah 6 sila khatamkan dulu (click sini )baru boleh continue langkah ketujuh dibawah .


7. Pergi ke mahkamah syariah yang diarahkan untuk memohon pernikahan secara wali hakim .(Semasa korang submit dokumen tersebut pegawai akan memeriksa dan bertanya beberapa soalan yang berkaitan dan kemudian akan mengarahkan korang ke mahkamah syariah yg akan handle kes korang. sila bawak semua dokumen ke mahkamah syariah ye...bersama2 dengan surat kebenaran nikah lelaki). *


8.Pegawai akan minta korang isi beberapa borang sebelum buka fail kes untuk perbicaraan kebenaran pernikahan secara wali hakim.


9. Selesai isi borang submit ke pegawai yang berkenaan dikaunter.. kemudian pegawai akan inform korang tarikh perbicaraan .(sekiranya tarikh nikah korang dah suntuk sila buat rayuan untuk cepatkan tarikh perbicaraan)


10. Hadir pada hari perbicaraan bersama-sama 2 orang saksi (ibu dan ayah atau sesiapa yang tahu berkenaan status perkahwinan keluarga jika kedua- duanya atau salah seorang meninggal dunia).


11.Selesai perbicaraan pegawai akan serahkan slip kebenaran.Sila submit di kaunter yang berkenaan (pegawai akan inform korang surat kebenaran nikah secara  wali hakim akan  keluar pada tempoh selepas 14 hari jika tarikh majlis nikah korang dah dekat sangat sila buat surat rayuan bertulis kepada HAKIM dan hantar kepada pegawai bertugas tersebut.


12.Surat kebenaran nikah secara wali hakim dah dapat!(pegawai akan hubungi korang).Bawak semua dokumen bersama-sama surat kebenaran nikah secara wali hakim dan submitkan ke pejabat agama untuk proses surat kebenaran nikah perempuan dan pegawai pejabat agama akan bagitahu siapa wali hakim yang akan nikahkan korang .


P/S: Selalunye pegawai akan mintak korang bernikah je kat pejabat agama .(Untuk menjaga aib dan mengelakkan fitnah manusia...



2 comments:

  1. kalau family bertanya kenapa bernikah di pejabat agama? Bagaimana nak menutup aib? Tidak kah ini menggalakkan penipuan?

    ReplyDelete