Thursday 26 November 2015

Bahaya beli rumah tiada strata tiltle aka geran strata! Part -1

Ms.F buat post ni dengan hati membara .Kenapa? sebab owner rumah yang Ms.F rancang nak beli ni cuba menipu Ms.F .Hati ni sakit sangat jadi harini Ms.F nak dedahkan lokasi rumah dan bahaya beli rumah xde strata title supaya korang tak terkena macam Ms.F hokey.. (kalau korang nak beli gak rumah tu lantak korang la )bukan strata je xde CF pon nan hado!



APARTMENT MERU IMPIAN ,KLANG



Apartment ni pada mulanye meyakinkan... 100% melayu... no foreigner... ade tubuhkan rukun tetangga... tempat strategik ...sebab tu Ms.F berkenan..Usha punya usha dapat tahu ade unit nak dijual masa tu happy sangat! yela kat meru ni umah tak penah cukup ..penempatan padat .. lagi2 rumah untuk dijual dgn harga RM121k  tak ade dah... tapi biasa la dalam rasa seronok mulalah episod ngeri ...


Kali pertama jumpa owner semua ok ...dia cakap harga rumah RM12OK... 1K untuk tapak parking berbumbung ....tak sampai 2 minggu owner main trick dengan Ms.F tapi masa tu Ms.F tengah happykan jadi semuanya indah ...xsedar pon bakal kena tipu hidup2... dia cakap sementara nak submit loan boleh lah pindah masuk rumah dia ..tapi bukan free yekkk ...SEWA. Ms.F setuju yela masa tu Ms.F lagi 6 bulan nak kawen kan boleh la beli barang rumah siap-siap.... jadi kita pon rasa tak ada masalah lepas kawen boleh pindah masuk..


Jadi pada tarikh sekian-sekian Ms.F masuk... pindah masuk barang..beli barang ..at the same time submit loan kat Maybank dan RHB Bank....1 minggu kemudian RHB Bank call ..bermula lah MIMPI NGERI ...

, nama pegawai Cik Hernaney dia inform Ms.F ...



Pegawai RHB : Assalammualaikum .. 

Ms.F : Waalaikummussalam...

Pegawai RHB : disini sy nak maklum kan dengan cik yang rumah ni strata title dan CF masih belum dikeluarkan walaupon selepas tempoh 15 Tahun..  Cik tahu tak ? dan kami juga dah periksa status pemaju... pemaju rumah ni bermasalah .


Ms.F : Oh..saya tak tahu tentang tu ..Pemilik rumah tak cerita ( hati dah start mendidih) ..saran cik macamana ? boleh ke permohonan ni diluluskan? 


Pegawai RHB: Maaf puan .. kami pihak RHB tak boleh menerima mana-mana rumah yang ada masalah strata title..cadangan saya puan cari rumah lain sebab rumah yang tak ada strata title dan CF ni bahaya... lagi2 dalam tempoh yang panjang.



Masa ni hati ni rasa marah ade sedih ade kecewa ade stress pon ade ...korang bayangkan jela kalau korang kat tempat Ms.F. selepas habis berbual dan minta pendapat pegawai RHB Bank ... Ms.F terus whatsapp owner rumah.



Ms.F: Assalammualaikum...

Puan S : Walaikummusalam ...ye kenapa ?ada berita pasal loan?

Ms.F : RHB reject sebab isu strata title dan CF. Puan  tahu tak rumah puan tak ade strata?

Puan S: Haah saya tak ada kesempatan nak bagitau awak ...rumah saya tak ada strata dan tak ada CF sebab pemaju lari




Boleh plak dia kata tak ada kesempatan...sabar jela .. yang pasti hati Ms.F sedih sangat... lepas tu cepat-cepat Ms.F google pasal masalah strata dan CF dan memang apa yang pegawai RHB tu cakap semua betul lebih menakutkan rumah tanpa CF mengikut undang2 tak layak untuk diduduki !ni hah tread yang bincang pasal hal masalah CF dan strata (Click SINI) apa yang jadi seterusnya nnti Ms.F update korang ...



Tata......

3 comments:

  1. Saya nak beli pangsapuri impian meru, masih ada masalah tak. Tolong bagi nasihat.. 0122313736

    ReplyDelete
  2. Really very interesting and very valuable information about the Body corporate finance good work.
    Body corporate finance

    ReplyDelete