Thursday 26 November 2015

Bahaya beli rumah tiada strata tiltle aka geran strata! Part -1

Ms.F buat post ni dengan hati membara .Kenapa? sebab owner rumah yang Ms.F rancang nak beli ni cuba menipu Ms.F .Hati ni sakit sangat jadi harini Ms.F nak dedahkan lokasi rumah dan bahaya beli rumah xde strata title supaya korang tak terkena macam Ms.F hokey.. (kalau korang nak beli gak rumah tu lantak korang la )bukan strata je xde CF pon nan hado!



APARTMENT MERU IMPIAN ,KLANG



Apartment ni pada mulanye meyakinkan... 100% melayu... no foreigner... ade tubuhkan rukun tetangga... tempat strategik ...sebab tu Ms.F berkenan..Usha punya usha dapat tahu ade unit nak dijual masa tu happy sangat! yela kat meru ni umah tak penah cukup ..penempatan padat .. lagi2 rumah untuk dijual dgn harga RM121k  tak ade dah... tapi biasa la dalam rasa seronok mulalah episod ngeri ...


Kali pertama jumpa owner semua ok ...dia cakap harga rumah RM12OK... 1K untuk tapak parking berbumbung ....tak sampai 2 minggu owner main trick dengan Ms.F tapi masa tu Ms.F tengah happykan jadi semuanya indah ...xsedar pon bakal kena tipu hidup2... dia cakap sementara nak submit loan boleh lah pindah masuk rumah dia ..tapi bukan free yekkk ...SEWA. Ms.F setuju yela masa tu Ms.F lagi 6 bulan nak kawen kan boleh la beli barang rumah siap-siap.... jadi kita pon rasa tak ada masalah lepas kawen boleh pindah masuk..


Jadi pada tarikh sekian-sekian Ms.F masuk... pindah masuk barang..beli barang ..at the same time submit loan kat Maybank dan RHB Bank....1 minggu kemudian RHB Bank call ..bermula lah MIMPI NGERI ...

, nama pegawai Cik Hernaney dia inform Ms.F ...



Pegawai RHB : Assalammualaikum .. 

Ms.F : Waalaikummussalam...

Pegawai RHB : disini sy nak maklum kan dengan cik yang rumah ni strata title dan CF masih belum dikeluarkan walaupon selepas tempoh 15 Tahun..  Cik tahu tak ? dan kami juga dah periksa status pemaju... pemaju rumah ni bermasalah .


Ms.F : Oh..saya tak tahu tentang tu ..Pemilik rumah tak cerita ( hati dah start mendidih) ..saran cik macamana ? boleh ke permohonan ni diluluskan? 


Pegawai RHB: Maaf puan .. kami pihak RHB tak boleh menerima mana-mana rumah yang ada masalah strata title..cadangan saya puan cari rumah lain sebab rumah yang tak ada strata title dan CF ni bahaya... lagi2 dalam tempoh yang panjang.



Masa ni hati ni rasa marah ade sedih ade kecewa ade stress pon ade ...korang bayangkan jela kalau korang kat tempat Ms.F. selepas habis berbual dan minta pendapat pegawai RHB Bank ... Ms.F terus whatsapp owner rumah.



Ms.F: Assalammualaikum...

Puan S : Walaikummusalam ...ye kenapa ?ada berita pasal loan?

Ms.F : RHB reject sebab isu strata title dan CF. Puan  tahu tak rumah puan tak ade strata?

Puan S: Haah saya tak ada kesempatan nak bagitau awak ...rumah saya tak ada strata dan tak ada CF sebab pemaju lari




Boleh plak dia kata tak ada kesempatan...sabar jela .. yang pasti hati Ms.F sedih sangat... lepas tu cepat-cepat Ms.F google pasal masalah strata dan CF dan memang apa yang pegawai RHB tu cakap semua betul lebih menakutkan rumah tanpa CF mengikut undang2 tak layak untuk diduduki !ni hah tread yang bincang pasal hal masalah CF dan strata (Click SINI) apa yang jadi seterusnya nnti Ms.F update korang ...



Tata......

Wednesday 25 November 2015

Tips kurangkan perbelanjaan perkahwinan dan mengawal budget anda!

Kos perkahwinan bukan murah ! perkahwinan ni cuma berlaku sekali seumur hidup(insha allah ..) mestilah kita nak meriah ye tak?


Masa tu semua benda dalam kepala kita baju design sendiri...nak kek bertingkek-tingkek,kompang,karaoke,pelamin 40 kaki (klu buat dalam dewan insha allah dpt la..dalam khemah kang tetamu nak dok mana??hahaha..)


Kat bawah ni Ms.F senaraikan tips-tips nak mengawal dan mengurangkan kos



1.Tentukan jumlah tetamu yang bakal hadir.mulakan dgn ahli keluarga ,saudara mara dan barulah kita senaraikan sahabat handai..(cadangan Ms.F 500pax hingga 1000pax adelah jumlah tetamu yang sangat ideal.)

2.Kongsi majlis dengan bakal suami/isteri dan buat di Dewan pilihan korang (sesuai untuk bakal pengantin yang tinggal di daerah yang sama atau rumah korang berdekatan..pada yang duk jauh2 jgn nak verangan yerrrrr..)

e.Pilih doorgift yang bersesuaian dan tak over budget (masa majlis perkahwinan Ms.F ..doorgift kami hanya air kotak dan kek moist for tetamu adult dan lolipop with candy for tetamu cilik bekas doorgift pula kami DIY sendiri... banyak effort diperlukan tapi dekat  sini kami dapat jimatkan duit ).



Kos bekas  doorgift adult kami cuma 25sen :)


4. Ambil Pakej perkahwinan lengkap! pastikan sesuai dengan budget korang...review syarikat perkahwinan yang korang berkenan .. disitu korang boleh tengok prestasi syarikat catering/bridal tersebut bagus ke tak.. 



5.kad kahwin kalau korang boleh DIY silakan tunjukkan bakat terpendam korang tu ..kad kahwin bkn lah sesuatu yang utama... yang penting semua detail lengkap dan memudahkan tetamu menuju ke majlis perkahwinan korang.


6.Elakkan dari tempah baju mahal2 untuk persandingan korang.. pada Ms.F baju pengantin sewa pon byk yang cantik2... kos sewa selalunya bermula dari RM600... nak lagi mudah ambil pakej bridal disitu byk dah boleh jimat..harga all in one package byk yang menarik.. 


7.Elakkan berbalas hantaran dengan benda yang harganya tak masuk akal.Memadai dengan benda-benda yang simple dan tak menelan kos melampau (ingat ! hantaran ni hadiah antara dua belah pihak buka pertandingan tunjuk menunjuk) .Ms.F tak de pon balas2 hantaran ...tiada barang hantaran..bertunang pon tidak.. hadiah? suami hanya bagi set barang kemas bersama-sama dengan mas kahwin pada hari pernikahan kami which is in return Ms.F tak bagi papepon.. balas dengan senyuman je.. alhamdullilah ..keluarga Ms.F open mind n  not money minded! :) .

8.Tiada Majlis pertunangan .Klu nak bertunang sangat buat lah dengan ala kadar ..Ms.F rasa kalau tak buat majlis tunang boleh jimat 4k untuk cover majlis sanding korang.


9.Bernikah pada hari yang sama korang bersanding . kat sini pon banyak duit boleh jimat :)




P/S : Ye...Ms.F ni wedding planner ... jual pakej perkahwinan .Mesti korang fikir kenapalah Ms.F buat post pasal suruh jimat2 bab wedding ... 


Sebabnye.... Ms.F ade pakej jimat...dan pakej yang kami tawarkan boleh diubahsuai ikut budget korang :) Click SINI untuk lebih detail:)







Cara memohon kebenaran bernikah menggunakan wali hakim


Sebelum memulakan bicara ... pada yang  penah baca post sebelum ni (click sini) mesti tahukan ? Ms.F dah janji nak buat post berkenaan tajuk kat atas tu...


Diingatkan... pos kali bukan lah untuk mengenang aib dan memalukan mana pihak..ini adalah untuk membantu para muallaf dan golongan yang memerlukan ...jika tak faham dan malu untuk bertanya melalui ruang comment .. boleh hubungi Ms.F.. selagi boleh bantu Ms.F bantu..

Post kali ni pada Ms.F sangat penting sbb Ms.F notice tak ramai yang buat post tentang ni .. mungkin kerana isu tersebut pada setengah orang sangat sensitif dan mengundang spekulasi... jadi ramai orang memilih untuk tidak mengeluarkan post  tentang ini...


Ok! jom kita sambung step seterusnya ...diingatkan sekali lagi pada yang belom baca langkah 1 hingga langkah 6 sila khatamkan dulu (click sini )baru boleh continue langkah ketujuh dibawah .


7. Pergi ke mahkamah syariah yang diarahkan untuk memohon pernikahan secara wali hakim .(Semasa korang submit dokumen tersebut pegawai akan memeriksa dan bertanya beberapa soalan yang berkaitan dan kemudian akan mengarahkan korang ke mahkamah syariah yg akan handle kes korang. sila bawak semua dokumen ke mahkamah syariah ye...bersama2 dengan surat kebenaran nikah lelaki). *


8.Pegawai akan minta korang isi beberapa borang sebelum buka fail kes untuk perbicaraan kebenaran pernikahan secara wali hakim.


9. Selesai isi borang submit ke pegawai yang berkenaan dikaunter.. kemudian pegawai akan inform korang tarikh perbicaraan .(sekiranya tarikh nikah korang dah suntuk sila buat rayuan untuk cepatkan tarikh perbicaraan)


10. Hadir pada hari perbicaraan bersama-sama 2 orang saksi (ibu dan ayah atau sesiapa yang tahu berkenaan status perkahwinan keluarga jika kedua- duanya atau salah seorang meninggal dunia).


11.Selesai perbicaraan pegawai akan serahkan slip kebenaran.Sila submit di kaunter yang berkenaan (pegawai akan inform korang surat kebenaran nikah secara  wali hakim akan  keluar pada tempoh selepas 14 hari jika tarikh majlis nikah korang dah dekat sangat sila buat surat rayuan bertulis kepada HAKIM dan hantar kepada pegawai bertugas tersebut.


12.Surat kebenaran nikah secara wali hakim dah dapat!(pegawai akan hubungi korang).Bawak semua dokumen bersama-sama surat kebenaran nikah secara wali hakim dan submitkan ke pejabat agama untuk proses surat kebenaran nikah perempuan dan pegawai pejabat agama akan bagitahu siapa wali hakim yang akan nikahkan korang .


P/S: Selalunye pegawai akan mintak korang bernikah je kat pejabat agama .(Untuk menjaga aib dan mengelakkan fitnah manusia...



Tuesday 24 November 2015

Step by step cara submit BORANG NIKAH lelaki dan perempuan

Assalammualaikum ....


Tujuan Ms.Fara buat post berkenaan tajuk kat atas ni adalah untuk memudahkan ..membantu cik bunga en kumbang yang nak kawen tapi bila masuk bab borang KONPIUS! jangan tak caye Ms.F pon  alami situasi tersebut... google sana sini ..tak cukup dgn mintak ehsan PAKCIK GOOGLE.. Ms.F mengemis jawapan kat kawan2 yang dah kawen...Harharhar..

Jadi.....kerana itu..... atas rasa tanggungjawab (gelak kuat2 ala-ala riak)...Ms.F senaraikan step by step cara untuk isi dan submit borang nikah :)

*rancang awal2.. dapatkan dulu 2 orang saksi sebelum ikut langkah dibawah.


1. Isi borang lelaki /perempuan  . Borang nikah hanya boleh didapati secara online .. pejabat agama dah tak produce secara manual untuk korang .Sila layari laman Web  http://ncr.jais.gov.my/  .

2. Buka lama web yang Ms.F bagi tadi kemudian Daftar Masuk . Selesai daftar masuk ? sila baca langkah seterusnya .

e. Login Masuk. Kemudian lengkapkan borang2 yang disediakan . Pastikan semua bahagian yang bertanda (*) diisi (wajib!) ,dah isi semua boleh save kemudian PRINT OUT !

4. Kemudian call pejabat agama mengikut daerah tempat tinggal anda dan dapatkan nombor telefon Penolong Pendaftar Nikah mengikut  kariah masjid tempat tinggal anda .Jangan pulak duk shah alam tapi call pejabat agama klang. (walaupon tempat nikah anda bukan didaerah tempat tinggal anda ) .Bagi lelaki /perempuan yang lahir di negeri berbeza wajib isi borang maustatin.

5.Call Penolong Pendaftar Nikah (PPN) kariah masjid anda kemudian set appointment untuk sign borang kebenaran nikah Lelaki/Perempuan (Jangan lupe bawak 2 orang saksi dan pastikan saksi bawak sekali 2 keping salinan IC.) SELESAI satu Chapter!

6. Sebelum datang pejabat agama untuk mendapatkan surat kebenaran bernikah  pastikan korang bawak salinan IC , Borang nikah lengkap dengan tandatangan Penolong Pendaftar Nikah dan 2 orang saksi (Lelaki/Perempuan) ,borang maustatin (jika ada),Slip keputusan HIV test ,Sijil kursus kahwin ,Surat nikah ibu bapa (untuk perempuan sahaja) ,Sijil Kematian Bapa jika ada (perempuan sahaja), surat beranak (perempuan sahaja)dan Surat kebenaran berkahwin Lelaki(Perempuan sahaja-korang kene tunggu pengantin lelaki lengkapkan proses ni dulu ,selepas pengantin lelaki dapat kebenaran berkahwin barulah korang boleh submit ke pejabat agama).
Pastikan anda buat dua set salinan dokumen2 tersebut bersama dokumen ORIGINAL (tang ni Ms.F betul2 hangin sbb pegawai x bgtahu kena buat salinan dokumen dah sampai kaunter dia tanya mana salinan dan mereka x provide photostat service!)


SELESA1 DAH BOLEH KAHWIN :)


P/S:Borang wali isi mcm biasa ...tak ada masalah ...dan bawak sekali dengan dokumen2 yang lain masa submit. Untuk yang perlukan WALI HAKIM proses sama macam diatas... cuma ada tambahan selepas langkah ke-6 ..nanti Ms.F buat post step by step mcmana nak dptkan wali hakim

UPDATED POST :CARA MEMOHON KEBENARAN BERNIKAH MENGUNAKAN WALI HAKIM